

STEP
Membina Asas
Memperkasa Kemahiran
Mencipta Masa Depan

"Memperkukuh ekosistem pendidikan UTeM melalui penyediaan laluan pembelajaran yang progresif, fleksibel dan responsif terhadap perkembangan teknologi, keperluan industri serta perubahan landskap pendidikan dan pekerjaan"
Pautan Pantas
Kenali UTeM STEP
Membina Asas. Memperkasa Kemahiran. Mencipta Masa Depan.
Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma (UTeM STEP) merupakan entiti akademik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menyediakan laluan pendidikan peringkat Asasi dan Diploma berteraskan pendidikan teknikal, teknologi, kejuruteraan serta bidang-bidang strategik dan teknologi masa hadapan.
UTeM STEP diwujudkan bagi memperkukuh ekosistem pendidikan UTeM melalui penyediaan laluan pembelajaran yang progresif, fleksibel dan responsif terhadap perkembangan teknologi, keperluan industri serta perubahan landskap pendidikan dan pekerjaan.

Melalui pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pengetahuan akademik, kemahiran teknikal, pembelajaran berasaskan amali, inovasi dan pendedahan industri, pelajar dibimbing untuk membina asas ilmu yang kukuh, menguasai kompetensi teknikal serta mengembangkan kemahiran profesional yang diperlukan dalam persekitaran global yang semakin dinamik.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem Technical and Vocational Education and Training (TVET) UTeM, UTeM STEP turut memberi penekanan kepada pembelajaran berorientasikan aplikasi dan industri bagi menyediakan pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, membina kerjaya profesional atau meneroka peluang keusahawanan dan inovasi. Dengan komitmen terhadap kecemerlangan akademik, pembangunan bakat, inovasi dan kolaborasi strategik, UTeM STEP beraspirasi menjadi platform penting dalam melahirkan generasi teknikal yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, adaptif, inovatif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi UTeM dalam memperkasa pendidikan TVET dan pembangunan bakat masa hadapan.

Johan Pertandingan Pengkisahan Tokoh: Suara Merdeka, Inspirasi Negara.

Pingat Perak di Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka (HIK@M 2026)

Tahniah & Syabas Buat Encik Mohamed Hafiz bin Md Isa : Cleaner Produc…

Tahniah & Selamat Datang Pelajar Baharu Program Diploma Sesi Akademik…

