Sekolah Asasi Teknikal Dan Pengajian Diploma - STEP UTeM
Jaringan & Kecemerlangan
UTeM STEP komited memperkukuh jaringan strategik dan budaya kecemerlangan melalui kerjasama dengan industri, institusi pendidikan, agensi kerajaan, badan profesional, alumni dan komuniti.
Sebagai sebuah entiti akademik UTeM, warga akademik UTeM STEP turut digalakkan untuk terus aktif dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersilan, perundingan, khidmat profesional dan pemindahan ilmu berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.
Aktiviti penyelidikan dan inovasi staf akademik dilaksanakan melalui fakulti berkaitan, kumpulan penyelidikan, Centre of Excellence (CoE) dan platform penyelidikan Universiti yang bersesuaian.
Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuh pembangunan ilmu dan kepakaran staf, malah menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pelajar, jaringan industri serta penyelesaian kepada cabaran industri dan masyarakat.
