Skip to main content

Sekolah Asasi Teknikal Dan Pengajian Diploma - STEP UTeM

Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma (UTeM STEP) ditubuhkan sebagai sebuah entiti akademik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi memperkukuh tadbir urus, penyelarasan dan pembangunan pendidikan di peringkat Asasi dan Diploma. Penubuhan UTeM STEP merupakan salah satu inisiatif strategik Universiti dalam memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan TVET serta menyediakan laluan pendidikan yang progresif, fleksibel dan responsif terhadap perkembangan teknologi, keperluan industri dan pembangunan bakat negara. UTeM STEP berperanan sebagai pusat tanggungjawab utama bagi pengurusan program Asasi dan Diploma, merangkumi pengurusan akademik, pembangunan dan kebajikan pelajar, penyelarasan program, jaminan kualiti akademik serta pembangunan ekosistem pembelajaran. Pendekatan pendidikan yang dilaksanakan mengintegrasikan pengetahuan teori, aplikasi praktikal, kemahiran teknikal dan pengalaman pembelajaran berasaskan amali, selaras dengan kekuatan UTeM sebagai universiti teknikal.

Sejarah Penubuhan

Cadangan penubuhan Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma bermula apabila Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 1 Tahun 2025 pada 23 Januari 2025 memperakukan cadangan pihak Universiti berhubung penubuhan sekolah berkenaan. Cadangan tersebut kemudiannya dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan memperoleh kelulusan melalui surat bertarikh 6 Februari 2026. Seterusnya, nama singkatan rasmi “UTeM STEP” telah diluluskan melalui Mesyuarat Eksekutif Bil. 7/2026 Siri 1 pada 10 Jun 2026. Penubuhan UTeM STEP menandakan satu fasa baharu dalam pengurusan pendidikan Asasi dan Diploma di UTeM dengan menyediakan struktur pengurusan yang lebih berfokus, terselaras dan strategik dalam menyokong pembangunan pendidikan TVET Universiti.

Objektif Penubuhan

Penubuhan UTeM STEP berteraskan usaha memperkukuh kedudukan UTeM dalam ekosistem pendidikan teknikal dan TVET.
Antara objektif utama penubuhannya ialah:

  • Menawarkan program pengajian Diploma dalam sektor TVET yang relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.
  • Menyediakan satu pusat tanggungjawab yang mentadbir, menyelaras dan menguruskan program Diploma di UTeM secara bersepadu.
  • Menawarkan program Asasi Teknikal secara non-subsidized kepada lepasan SPM yang berkelayakan sebagai laluan kepada pengajian di peringkat lebih tinggi.
  • Membangunkan program Asasi melalui kerjasama strategik dengan institusi dan agensi luar yang berkaliber bagi memperluas jaringan dan peluang pendidikan.
  • Menawarkan kursus upskilling dan reskilling bagi menyokong pembangunan kompetensi dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menjana pendapatan Universiti melalui penawaran program Asasi yang bersifat non-subsidized.
  • Menyumbang kepada pertumbuhan enrolmen pelajar UTeM, dengan sasaran sumbangan sebanyak 20% daripada enrolmen pelajar Universiti menjelang tahun 2030.
  • Meningkatkan reputasi UTeM sebagai institusi TVET serta menyokong aspirasi dan visi Kerajaan dalam pembangunan pendidikan teknikal dan modal insan negara.

Secara keseluruhannya, UTeM STEP diwujudkan bukan sekadar sebagai pusat pengurusan program Asasi dan Diploma, tetapi sebagai platform strategik pembangunan bakat teknikal yang menghubungkan pendidikan, kemahiran, industri dan pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pengurusan akademik yang berkualiti, kerjasama strategik dan program yang responsif terhadap keperluan semasa, UTeM STEP beraspirasi untuk melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi, adaptif dan berdaya saing, di samping memperkukuh peranan UTeM dalam memacu kecemerlangan pendidikan TVET dan pembangunan negara.


Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

  • 06 229 2146/ 06 229 2046
  • Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Capaian Pantas

  • UTeM
  • Kemasukan
  • Program Akademik
  • Pelajar
  • Direktori

Pautan Lain

  • FAQ
  • Maklum Balas

  • Sitemap

Ikuti Kami


Privacy Policy  |  Security Policy  |  Disclaimer  |  Copyright

© STEP UTeM. All rights reserved.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.