Skip to main content

Sekolah Asasi Teknikal Dan Pengajian Diploma - STEP UTeM

Fasiliti

Ekosistem Fasiliti Pembelajaran UTeM STEP

UTeM STEP menyediakan pengalaman pembelajaran melalui penggunaan ekosistem fasiliti Universiti Teknikal Malaysia yang merangkumi ruang akademik, bilik kuliah, makmal, bengkel, kemudahan komputer sokongan pelajar.

Selaras dengan model pengoperasian UTeM STEP, Zon Akademik, Zon Bilik Kuliah dan Zon Makmal digunakan secara gunasama bersama fakulti-fakulti berkaitan, manakala Zon Pentadbiran UTeM STEP beroperasi secara berasingan. 

Pendekatan gunasama ini membolehkan pelajar UTeM STEP mendapat akses kepada kemudahan pembelajaran, makmal dan kepakaran sedia ada di UTeM mengikut keperluan program akademik masing-masing. 


Fasiliti Akademik & Pembelajaran

UTeM STEP menggunakan pelbagai fasiliti akademik dan pembelajaran secara gunasama bersama fakulti dan PTj berkaitan bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Fasiliti merangkumi:

Bilik Kuliah

Ruang pengajaran bagi pelaksanaan kuliah, tutorial, perbincangan dan aktiviti akademik.

Smart Classroom

Ruang pembelajaran yang dilengkapi teknologi digital dan kemudahan pengajaran interaktif.

Makmal Komputer

Kemudahan komputer bagi pembelajaran pengaturcaraan, perisian, simulasi, reka bentuk dan aplikasi digital.

Ruang Pembelajaran

Ruang pembelajaran individu dan berkumpulan bagi menyokong pembelajaran kendiri, perbincangan dan aktiviti kolaboratif.

Kemudahan Pembelajaran Digital

Kemudahan teknologi dan sistem pembelajaran digital UTeM yang menyokong pendekatan pembelajaran secara bersemuka, teradun dan kendiri.

Perpustakaan

Pelajar UTeM STEP mempunyai akses kepada kemudahan, koleksi dan sumber pembelajaran yang disediakan oleh Perpustakaan UTeM. 

Kemudahan Rangkaian & Wi-Fi

Akses rangkaian Universiti disediakan di lokasi-lokasi berkaitan bagi menyokong pembelajaran dan penggunaan perkhidmatan digital


Makmal & Bengkel Gunasama

Pembelajaran Berasaskan Amali

Pembelajaran berasaskan amali merupakan komponen penting dalam pendidikan Diploma dan Asasi di UTeM STEP.

Bagi menyokong pelaksanaan kurikulum, pelajar menggunakan makmal dan bengkel berkaitan secara gunasama bersama fakulti yang mempunyai kepakaran dan fasiliti dalm bidang masing-masing. 

Antara kategori fasiliti yang boleh digunakan berdasarkan keperluan program ialah:

    • Makmal Kejuruteraan Elektrik
    • Makmal Elektronik
    • Makmal Mekanikal
    • Makmal Pembuatan
    • Makmal Komputer
    • Makmal Pengaturcaraan
    • Makmal CAD/CAM
    • Makmal Automasi & Robotik
    • Makmal dan fasiliti khusus lain yang berkaitan dengan kursus/program

Fasiliti Mengikut Program

Diploma Kejuruteraan Elektrik

Fakulti Gunasama
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik

Antara fasiliti berkaitan: 

  • Makmal Kejuruteraan Elektrik
  • Makmal Sistem Kuasa
  • Makmal Kawalan
  • Makmal Automasi & Robotik
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah dan Ruang Pembelajaran

Diploma Kejuruteraan Elektronik

Fakulti Gunasama
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer

Antara fasiliti berkaitan:

  • Makmal Elektronik
  • Makmal Mikropengawal
  • Makmal Sistem Digital
  • Makmal Komunikasi
  • Makmal Kawalan & Automasi
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah dan Ruang Pembelajaran

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Gunasama
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal

Antara fasiliti berkaitan:

  • Makmal Kejuruteraan Mekanikal
  • Makmal Bahan
  • Makmal Termofluid
  • Makmal CAD
  • Bengkel Kejuruteraan
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah dan Ruang Pembelajaran

Diploma Kejuruteraan Pembuatan

Fakulti Gunasama
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan

Antara fasiliti berkaitan:

  • Makmal Proses Pembuatan
  • Makmal Pemesinan
  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal Automasi & Robotik
  • Makmal Bahan
  • Bengkel Pembuatan
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah dan Ruang Pembelajaran

Diploma Sains Komputer

Fakulti Gunasama
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Antara fasiliti berkaitan:

  • Makmal Komputer
  • Makmal Pengaturcaraan
  • Makmal Rangkaian
  • Makmal Pembangunan Perisian
  • Kemudahan Pembelajaran Digital
  • Bilik Kulia dan Ruang Pembelajaran

Diploma E-Commerce

Fakulti Gunasama
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan

Antara fasiliti berkaitan:

  • Makmal Komputer
  • Kemudahan Pembelajaran Digital
  • Ruang Pembelajaran Kolaboratif
  • Bilik Kuliah
  • Ruang Aktiviti Keusahawanan
  • Kemudahan berkaitan pembelajaran perniagaan dan e-dagang

Rakan Fakulti Dalam Ekosistem Gunasama

Pelaksanaan program akademik UTeM STEP disokong melalui penggunaan fasiliti secara gunasama bersama fakulti berkaitan di UTeM.

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan bidang kejuruteraan elektrik

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan bidang elektronik dan sistem komputer

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan bidang kejuruteraan mekanikal

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan bidang pembuatan, industri, automasi dan teknologi berkaitan

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan pengkomputeran, pengaturcaraan dan teknologi maklumat

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan

Menyokong keperluan fasiliti berkaitan pengurusan, perniagaan digital dan keusahawanan


Kemudahan Pelajar

Selain fasiliti akademik, pelajar UTeM STEP mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan Universit yang menyokong kehidupan kampus dan pembangunan pelajar. 

Antaranya:

  • Kolej Kediaman
  • Kafeteria & Kemudahan Makanan
  • Perpustakaan
  • Pusat Kesihatan
  • Kemudahan Sukan & Rekreasi
  • Masjid / Surau
  • Ruang Aktiviti Pelajar
  • Kemudahan ICT & Wi-Fi
  • Ruang Pembelajaran
  • Kemudahan Sokongan Pelajar

Bagi kemudahan yang dikendalikan oleh PTj lain, laman UTeM STEP hendaklah menyediakan penerangan ringkas dan pautan kepada laman rasmi PTj berkenaan.


Zon Pentadbiran UTeM STEP

Berbeza daripada Zon Akademik, Zon Bilik Kuliah dan Zon Makmal yang dilaksanakan secara gunasama, Zon Pentadbiran UTeM STEP beroperasi secara berasingan sebagai pusat pengurusan dan penyampaian Sekolah.

Zon ini menyokong fungsi:

  • Pejabat Dekan
  • Pengurusan Akademik
  • Pembangunan Pelajar & Alumni
  • Pentadbiran
  • Pengurusan Program
  • Perkhidmatan Pelajar
  • Bilik Mesyuarat / Perbincangan
  • Kaunter / Ruang Perkhidmatan

Maklumat yang dicadangkan untuk dipaparkan:

  • Lokasi: Zon Pentadbiran, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan
  • Waktu Operasi: 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Perkhidmatan yang disediakan
  • Direktori Pegawai
  • Nombor Telefon
  • E-mel
  • Peta / Panduan Lokasi

Lokasi & Peta Fasiliti

Memandangkan fasiliti UTeM STEP berada di beberapa lokasi dan digunakan secara gunasama, halaman ini hendaklah membantu pengguna mengenal pasti lokasi fasiliti dengan mudah.

Paparan dicadangkan dalam bentuk Interactive Campus Map atau direktori lokasi.

Setiap fasiliti hendaklah mempunyai:

  • Nama fasiliti
  • Kategori Fasiliti
  • Fakulti / PTj Berkaitan
  • Program STEP yang menggunakan Fasiliti
  • Lokasi / Blok
  • Kampus
  • Kapasiti
  • Kemudahan Utama
  • Gambar
  • Pautan Peta
  • Pegawai / Unit untuk dihubungi

Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

  • 06 229 2146/ 06 229 2046
  • Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Capaian Pantas

  • UTeM
  • Kemasukan
  • Program Akademik
  • Pelajar
  • Direktori

Pautan Lain

  • FAQ
  • Maklum Balas

  • Sitemap

Ikuti Kami


Privacy Policy  |  Security Policy  |  Disclaimer  |  Copyright

© STEP UTeM. All rights reserved.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.